Comel, Kenapa kita suka benda comel?
Kenapa Kita suka benda yang comel?Kenapa bila ada benda comel kita terus cair. Walaupun anda segagah mana, anda tetap akan tertarik dan terpikat akan kecomelan dan cutenya benda itu. Adakah sebab bentuk? rupa? atau ada sebab lain yang menjadikan manusia (kita) suka kepada benda yang comel?
Dan apa yang mendefinisikan comel? comel adalah sesuatu yang menarik, bulat, lembut dan kecil. Contohnya Kucing, kenapa kita suka kucing? kenapa kucing comel? jawapannya ada pada bentuk matanya yang bulat, bentuk mukanya yang bulat dan kelembutan bulunya dan juga kucing manja. Oh sangat adorable!!
Konrad Lorenz telah membuat kajian tentang comel dalam benda hidup iaitu tubuh badan yang kecil dan saiz kepala yang besar, mata yang besar dan bentuk tubuh yang bulat dan lembut.
Tapi kenapa ciri-ciri ini yang membuatkan kita rasa ianya comel, lembut, menarik dan manja? Jawapan yang diberikan oleh Konrad Lorenz ialah semua ciri2 ini ada di dalam diri manusia iaitu ketika kita masih bayi. Jika kita melihat bayi, tentunya perasaan ingin melindungi dan menjaga bayi tersebut timbul dan inilah kaitannya kenapa kita suka benda yang comel.
Untuk penjelasan yang lebih mendalam tentang Kenapa kita suka benda yang comel, tontonlah video di bawah .
0 comments: